- Memberi maklumat berkenaan pengurusan bersepadu perosak dan penyakit yang menyerang tanaman padi melalui medium teknologi maklumat
- Menyediakan ruang untuk perkongsian ilmu, kemahiran dan maklumat berkaitan pengurusan perosak dan penyakit tanaman padi di Malaysia
- Peserta dapat menggunakan pendekatan pengurusan perosak bersepadu berasaskan cakera padat dalam membantu membuat keputusan di lapangan
- Untuk mengetahui maklumbalas berkenaan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam mengenalpasti perosak dan penyakit
Bengkel ini merangkumi dua aspek pembelajaran iaitu kuliah di dalam makmal komputer dan juga latihan di lapangan. Setiap topik disampaikan berpandukan nota yang terdapat di dalam CD dan diakhiri dengan sesi soal jawab di antara peserta dan penceramah. Peserta juga akan menjawab soalan kuiz untuk setiap topik berdasarkan nota pada CD.
Latihan di lapangan diadakan di Kg. Sg. Baru Tengah A, PPK I-II Kuala Sungai, Alor Setar. Para peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan perlu mencari dan mengambil seberapa banyak yang mungkin sampel penyakit, serangga perosak, musuh semulajadi, padi angin dan rumpai. Kemudian, mereka perlu mengecam dan mengenalpasti setiap jenis penyakit, serangga perosak, musuh semulajadi, padi angin dan rumpai yang telah diambil.
Diharapkan segala pengetahuan dan pendedahan yang diperoleh melalui bengkel ini dapat membantu semua peserta yang terlibat dalam meningkatkan kemahiran khususnya dalam pengurusan perosak dan penyakit tanaman padi. Bengkel ini sekali lagi telah diadakan untuk staf IADA Kerian-Sg. Manik pada 18-21 November 2008 bertempat di Tg. Karang, Selangor.
Bagi tahun 2009, dijangkakan bengkel ini akan diadakan untuk staf KADA pada 16-19 Mac 2009 di Kelantan. Semoga dengan adanya bengkel seumpama ini, industri pengeluaran padi negara mampu menuju ke arah pengeluaran hasil yang lestari.
No comments:
Post a Comment